Powered By Blogger

Friday, May 29, 2009

KURSUS PIDATO PEMUDA 12-14 JUN

.

(http://www.pemuda.com.my/modules.php?name=News&file=article&sid=8765)


Kuala Lumpur -- Pemuda UMNO Malaysia melalui Sekretariat Penerangan dan Komunikasi akan mengadakan Kursus Pidato pada 12-14 Jun 2009. Ketua Penerangannya, Datuk Sri Reezal Merican Naina Merican berkata kursus tersebut akan melibatkan wakil daripada setiap negeri seluruh negara. Jelas beliau kursus itu bertujuan untuk memberi pendedahan kepada peserta teknik dan cara untuk menyampaikan ucapan yang betul. "Selain itu ianya juga bertujuan untuk mendedahkan kepada para pemidato kita maklumat dan perkembangan terkini tentang isu-isu semasa terutamanya berkaitan politik tanah air. "Untuk permulaan kursus ini akan melibatkan sejumlah 60 orang peserta dan akan dilaksanakan secara berkala sebanyak tiga fasa bagi membolehkan peserta mendapat latihan yang mencukupi untuk menghadapi pilihanraya umum ke 13 yang akan datang", katanya kepada laman webPemuda di sini, hari ini. Menurut Reezal lagi, kursus tersebut akan dijalankan di Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Tanjong Bidara, Melaka.

0 comments

:a: :b: :c: :d: :e: :f: :g: :h: :i: :j: :k: :l: :m: :n:

Post a Comment